Hakim Fathiyah Idris memerintahkan hukuman penjara terhadap Ali@Hairul Umam, 21, berkuat kuasa mulai hari ini.
Ali yang berasal dari Jawa Timur mengaku merompak warga Nepal, Maheswor Dhaurali bersama empat lagi yang masih bebas dengan bersenjatakan sebilah pisau serbaguna.
Dalam kejadian itu, dia melarikan wang tunai RM4,200 dan sebuah telefon bimbit Nokia milik mangsa berhampiran hentian bas Bangkok Bank, Jalan Medan Pasar di sini pada kira-kira pukul 3 petang, 11 November 2007.
Ali didakwa di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Ariffin Hisham memohon agar tertuduh dikenakan hukuman maksimum atas sikapnya yang begitu berani melakukan perbuatan jenayah di tempat terbuka.
Katanya, hukuman yang berat bukan sahaja mencerminkan mahkamah mengambil berat tentang keselamatan dan kebajikan masyarakat umum, tetapi juga agar warga asing lebih menghormati undang-undang negara.